Thursday 16 March 2017

9 Punca Jerawat Mengganas di Pipi




9 Punca Jerawat Mengganas di Pipi

Anda ada masalah jerawat naik dekat pipi?
Dah pakai macam jenis produk masih tak hilang jerawat?
Sedang mencari jalan penyelesaiannya?

Jangan risau
Maira ada solusinya.
Sebelum itu kita ketahui puncanya dulu.


1. Kulit berminyak.

Walaupun kulit berminyak kurang terdedah
kepada tanda awal kedutan,
tetapi ada satu kelemahan iaitu
- liang pori mudah tersumbat.

Kelenjar hasilkan minyak berlebihan
dan sebabkan liang pori jadi besar.
Terkumpul lah kotoran dalam tisu kulit.
Sekali gus naik jerawat di pipi.


2. Masalah usus.

Gangguan fungsi dalam usus seperti
susah buang air besar, pencernaan
dan dysbacteriosis salah satu punca
jerawat naik di pipi.

Disyorkan amal nurraysa collagen powder.
Ada kastemer dah amal, alhamdulillah makin lawas.
Amboi promote nampak huhu agent nurraysa la katakan ahaks!


3. Hormon tak stabil.
Kulit di pipi lebih halus tau, itu sebab risiko
keradangan kulit
area ini agak tinggi.


4. Alahan.

Jerawat di pipi berpunca
apa yang anda makan.
Untuk kenal pasti apa produk sebabkan reaksi alahan,

anda perlu kecualikan beberapa produk
secara selang-seli
dan perhatikan tindak balas.


5. Penjagaan muka yang salah.

Kosmetik yang kualitinya rendah
pun punca jerawat naik di pipi.
Penggunaan berlebihan pula sebabkan pori tersumbat.
Lagi satu, basuh muka secara kerap.
Tak amalkan asas penjagaan yang betul.


6. Sentuh muka dengan tangan kotor

Yang ini biasa berlaku terutama wanita bekerja.
Kadang2 tak perasan tangan ni merayap nak pegang muka.
Konon nak lap peluh last2 belek punya belek dekat cermin pondesyen.
Ish ish dengan tangan berhabuk, tak lap dengan wet tissue.

Ambil perhatian tabiat macamni,
elak amalkan selalu, buruk padahnya.


7. Penggunaan ubat-ubatan

Jika sekarang anda dalam proses ambil ubat
dan jerawat naik pada masa ini,
boleh jadi sebab tindak balas kimia dalam badan
terhadap kandungan ubat tadi.

Selalunya jerawat di pipi puncanya
ubat kita ambil ada antibiotik dan pil hormon.


8. Masalah jantung
Jerawat yang naik pada bahagian pipi kiri
tandanya ada masalah jantung belah kiri.
Begitu juga jerawat belah kanan
maksudnya masalah jantung kanan.
Itu kata pakar dermatologi ya.


9. Malnutrisi

Ketagih makan makanan manis,
sehari tak sah tak makan gula-gula, pisang cheese dll.
Then, nak minum kopi confirm sekali dengan merokok.
Ini lah punca metabolisme rendah
dan jerawat mudah naik dekat pipi.

Esok Maira share cara nak atasinya pula.
Tungguuu.



0 comments:

Post a Comment