Saturday 15 April 2017

5 Tips Kecantikan Untuk Kulit Berminyak




5 Tips Kecantikan Untuk Kulit Berminyak

1. Cuci bersih

Cara ini sememangnya berkesan untuk kawal minyak berlebihan pastikan bersih setiap masa.

Cuci muka anda 2-3kali setiap hari untuk hilangkan kotoran dan lebihan minyak yang sebabkan
liang pori tersumbat, jerawat dll.

Pencuci muka jenis gel dan 'foam' sesuai untuk kulit berminyak. Cuba cari pencuci muka yang bebas minyak.

Sabun berubat atau berasaskan kolagen pun bagus untuk membersihkan kulit berminyak.
Boleh cuba nurraysa collagen soap hasilnya berkesan.

Elakkan cuci wajah secara kasar macam nak sental kuali tu.
Sebabnya akan hilangkan kelembapan kulit semula jadi,
lebih banyak minyak akan terhasil.


2. Skrub

Penting skrub 1-2kali seminggu bagi yang kulit berminyak .

Sebum berlebihan yang terhasil sebabkan sel-sel kulit mati menempek pada permukaan kulit.

Muncullah jerawat, jerawat, whiteheads dan bintik hitam, dan sudah tentu kulit nampak kusam benaww .

Untuk buang kotoran dan sel kulit mati, ofkos nak kulit nampak bersih dan putih lepas tu kannn.
Caranya pastikan uolls skrub selalu.

Lagi satu, skrub tu lembut ya jangan tenyeh kuat2.


3. Pakai mask

Selepas skrub, diikuti dengan 'mask'.
Gunakan mask wajah yang ada bahan semula jadi.

Sangat bagus untuk kulit berminyak sebab ia akan perlahan-lahan menyerap minyak yang berlebihan.


4. Gunakan Toner Bebas Alkohol

Toner setiap hari dapat bantu hilangkan minyak berlebihan dan kotoran dari kulit anda.

Air mawar sangat sesuai untuk kulit berminyak. Boleh dapatkan juga toner yang bebas alkohol di guardian atau watson yang terdekat.


5. Jangan Lupa Pelembap

Kulit berminyak perlukan pelembab dan penghidratan.

Kurangnya kelembapan kulit akan jadi sebab kelenjar hasilkan minyak berlebihan.

Sebaiknya pilih pelembap yang labelnya ada tulis 'non-comedogenic-, dan jenis 'water-based moisturizer'
.
.
Tips Ekstra: Elakkan makan makanan yang bergula, makanan ringan. Rajin makan buah dan sayuran setiap hari. Minum air untuk kekal hidrat.

#MairaNasir

0 comments:

Post a Comment