Wednesday 26 September 2018

9 Kelebihan Teh Barli Yang Anda Terlepas Pandang!





Aroma teh barli yang segar dan menenangkan perasaan
sangat patut anda cuba at least seumur hidup sekali!

Namun jika anda jadikan amalan selalu, anda dapat manfaat tambahan.
Iaitu kesihatan yang baik.

Jika di Jepun, teh barli dikenali sebagai 'mugicha'. Korea pula, "boricha".
Dan di China adalah "maicha."
.
.
1.    Kaya Antioksidan.

Teh barli mempunyai antioksidan yang tinggi. Ia mengandungi selenium, 
vitamin A dan C yang diperlukan badan kita.

  1. Mengawal Tahap Gula Dalam Darah.

Teh barli dapat stabilkan kadar gula dalam darah. Sangat baik untuk 
pesakit diabetes atau anda yang menjaga kesihatan.

  1. Lancarkan Pencernaan.

Anda ada masalah susah membuang atau sembelit?
Kini tidak lagi dengan amalkan teh barli. Ia dapat membantu 
lancarkan pencernaan kerana kaya dengan serat dan 'antacid' semula jadi.

  1. Rawat Susah Tidur.

Tak perlu lagi kira biri-biri sampai tertidur. Anda boleh cuba minum teh barli. 
Kaya dengan melatonin, tryptophan dan asid amino yang bantu anda tidur lena.

  1. Penawar Demam.

Kita dah biasa telan panadol bila demam. 
Apa kata cuba minum teh barli pula. 2 kali sehari. 
Sangat membantu redakan suhu badan yang panas itu.

  1. Kuatkan Ketahanan Badan.

Kandungan vitamin C yang tinggi dalam teh barli, 
boleh tingkatkan sistem imun anda dan membantu anda lebih cergas.

  1. Kurangkan Berat Badan.

Teh barli rendah kalori buat anda rasa cepat kenyang. 
Ianya kaya dengan serat, mineral, vitamin dan nutrien diperlukan.

Ini sangat membantu untuk elak anda makan snek yang tak berkhasiat malam-malam.

  1. Penjagaan Kulit.

Teh barli yang kaya antioksidan mampu kurangkan tanda penuaan awal, 
kedutan pada wajah. Malah, kulit lebih nampak tegang dan muda.

  1. Baik Untuk Ibu Mengandung.

Kebanyakan teh herba tak disyorkan untuk ibu yang sedang mengandung.

Namun teh barli kaya dengan potassium, niacin, iron, kalsium, asid folik 
dan nutrien penting yang baik untuk para ibu.
.
.
Semoga bermanfaat untuk anda J

#TipsSihat
#MairaNasir


0 comments:

Post a Comment