Wednesday 15 March 2017

Resepi Tart Telur Portugis


best kan bila kita tukar menu , taklah jemu makan hat yang aje je kan, maira nak share resepi pilihan Nurraysa iaitu Resepi Tart Telur Portugis
.
Bahan bahan:

Bahan untuk pastri
🍲 150g tepung gandum
🍲 90ml susu segar
🍲 secubit garam
🍲 125g butter


Bahan utk filling:
🍲 250ml susu segar
🍲 50ml heavy cream
🍲 2 biji kuning telur
🍲 1 sudu teh tepung jagung
🍲 40g gula
🍲 sedikit esen vanilla


Cara cara:
.
1. Masukkan butter ke dalam plastik dan bentukkan menjadi butter sheet. Simpan dalam peti sejuk selama 15 minit.

.
2. Satukan tepung, susu, dan garam kedalam bekas lalu gaul sebati (doh pastri). Simpan dalam peti sejuk 15 minit.
.
3. Satukan kesemua bahan filling ke dalam kuali, dan masak dengan api perlahan sehingga adunan pekat.
.
4. Uli doh pastri yang disejukkan dan leperkan sehingga muat untuk balut butter sheet. Balut butter sheet dengan doh pastri dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
.
5. Giling doh dan lipatkan kepada 4 bahagian seperti buku. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit. Ulang proses sebanyak 3 ke 4 kali.
.
6. Giling doh pastri dan gulungkan, lalu potong kepada 14 bahagian. Leperkan 1 per 1 doh yang dipotong, dan masukkan ke dalam loyang cupcake.
.
7. Tuangkan filling dan bakar 150 selama 25 minit. Sedia untuk dihidangkan.
.
Selamat Mencuba!
Credit : Seminit Resepi
Facebook :  Nurraysa

0 comments:

Post a Comment