Tuesday 8 January 2019

7 Idea Terbaik Mulakan Bisnes Online


  Idea Terbaik Mulakan Bisnes Online




1.    Dropship

Anda boleh research produk mana yang dapat permintaan tinggi mudah untuk anda jual.
Pastikan anda dapat 'free guide' supaya anda taklah terkapai-kapai nak post apa di fb dan apa strategi marketing.

Yang bestnya anda hanya promote setiap hari. Anda tak perlu keluar pos barang.

2.     Affiliate

Anda boleh cuba jadi affiliater kepada mana-mana syarikat atau founder yang menjual ebook.
Anda hanya share link sahaja. Dan pastikan content anda menarik supaya audiens tertarik nak baca dan buat tindakan seterusnya.

3.    Buka akaun Shoppee.

Shoppee salah satu platform yang paling senang buat duit. Nak tahu kenapa?
Anda tak perlu buat ayat manis bergula nak minta orang beli. Anda hanya perlu tunggu orang nak order saja. Plus, ada free shipping. Hebat bukan?
Hampir setengah juta pengguna yang keluar masuk apps itu dah terbukti sedia nak beli.

4.    Buat vlog.

Anda ada akaun Youtube? Jika ada tahniah!
Anda sudah boleh mula buat video dan upload di akaun youtube anda.
Anda pilih 1-3 content yang anda minat atau mahir. Buat video mengenainya.
Bila viewers anda sudah meningkat dan melepasi tahap sepatutnya, pihak Youtube akan bayar anda.

5.    Review produk

Follower anda sudah cecah 10,000 atau lebih?
Anda dah boleh buat tawaran untuk review mana-mana produk.
Dan anda akan dibayar hasil daripada review tersebut.
Pastikan ianya menarik perhatian dan memuaskan hati klien anda.

6.     Copywriter

Anda ada skill menulis? Apa kata anda cuba tawarkan
servis tulis copywriting untuk usahawan online.

Mulakan dengan percuma dulu. Lihat hasilnya.
Jika menunjukkan mampu melonjak sales mereka.
Anda boleh mula kenakan bayaran.

7.     Kursus Online

Pernah tengok guru mengajar melalui Skype dapat 20K sebulan?
Ini biasa dalam dunia serba canggih.

Teknologi sentiasa berkembang.
Jadi kita harus ke depan.
"Tapi saya tak expert?"
Pilih satu topik yang anda mahir.

 Contohnya: Anda bekerja dalam bidang HR dah 10tahun.
Anda boleh bagi tips kod pemakaian ke pejabat, apa etika pejabat, cara handle pekerja,
contoh kelakuan yang mesti ada sebagai pekerja, dsb.

Semoga tips ini bermanfaat untuk anda. 😊

Like & Follow Facebook Page: Maira Online Shop


0 comments:

Post a Comment